TERIMA KASIH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) di atas penerimaan lawatan serta perbincangan mengenai kerjasama dalam industri pelancongan di antara KLTA dan PDRM bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Sesi pertemuan membincangkan kerjasama antara PDRM dan industri pelancongan dalam menyebar luaskan maklumat serta mempromosikan langkah-langkah keselamatan kepada para pelancong. KLTA juga merancang inisiatif bagi memperkukuh aspek keselamatan dalam industri pelancongan sebagai persediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026.
Terima Kasih juga di ucapkan kepada
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.
Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud dan Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah.
Kredit gambar hakmilik PDRM
© Copyright 2025 All Rights Reserved Kuala Lumpur Tourism Association