KUALA LUMPUR DEEPAVALI CELEBRATION 2025

MATIC, KL

Bagi meraikan sambutan perayaan Deepavali serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga kota berbilang kaum, semalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan Kuala Lumpur Deepavali Celebration 2025 bertempat di Perkarangan Parkir Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Jalan Ampang.

Majlis tersebut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, bersama wakil kedutaan asing, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan serta Ketua-Ketua Jabatan DBKL.

Kuala Lumpur Deepavali Celebration 2025 menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang memperlihatkan keindahan budaya dan tradisi masyarakat pelbagai kaum. Antara tarikan utama termasuk persembahan muzik dan tarian multiracial, persembahan sitar dan tabla, silambam, bangra, serta demonstrasi seni dan kraf seperti pembuatan gelang tangan, pakaian tradisional dan lukisan henna.

Acara ini turut menghimpunkan lebih 2,500 pelancong domestik dan antarabangsa dalam suasana penuh kemeriahan dan warna-warni, mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Penganjuran ini dilaksanakan dengan kerjasama 26 rakan strategik termasuk Kuala Lumpur Tourism Association (KLTA), Malaysia Association Hotels KL Chapter (MAH KL), BBKLCC, Restoran Q’ Bistro, Restoran Barbeque Nation serta pelbagai agensi dan pihak swasta lain.

Selain itu, turut diadakan pameran pelancongan oleh Petrosains, JomHotel dan Ibis Hotel, serta pameran dan jualan buah-buahan tempatan melalui galeri “Taste of Malaysia” yang diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara. Para tetamu turut disambut dengan persembahan dol bangra yang melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan sempena sambutan perayaan cahaya ini.

Penganjuran ini sekali lagi membuktikan komitmen DBKL untuk memperkukuh semangat Malaysia MADANI melalui acara seni dan budaya yang meraikan perpaduan dalam kepelbagaian, serta memperteguh kedudukan Kuala Lumpur sebagai sebuah “City of Celebration” yang disayangi oleh semua lapisan masyarakat.

    About KLTA

    The Kuala Lumpur Tourism Association (KLTA) is the oldest tourism industry association in the country. Established in 1963, the KLTA represented most of the industry players in the country at the time. This was because Kuala Lumpur was the main hub of tourism activity in the then newly formed Malaysia. Over the years the industry has grown and developed in all corners of our nation, necessitating more nationalized organizations to meet the requirements of the nationwide industry players.

    Stay Connected

    Facebook
    LinkedIn
    Instagram